3:07 AM
By Khairul Anam Mansor
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Assalamualaikum wbt.
Assalamualaikum wbt.
Kita mungkin melihat revolusi sedang berlaku di Egypt sekarang.
Suka saya ingin ingatkan,
revolusi bukanlah shortcut untuk mencapai negara Islam.
Maratib amal dari Individu Muslim hinggalah ke Ustaziyatul Alam tetap merupakan jalan terpendek untuk mencapai ustaziyatul alam.
Revolusi yang dilakukan rakyat yang tiada fikrah Islam seumpama lari dari mulut harimau ke mulut buaya.
Sejarah membuktikan,
Zainal Abidin Ben Ali,
diktator Tunisia yang tumbang beberapa hari yang lalu suatu masa dulu mendapat kuasa melalui revolusi juga.
Namun,
bagi mereka yg tiada fikrah Islam,
revolusi hanya ibarat gegak gempita sebulan 2.
Keadaan kembali seperti biasa bahkan mungkin lebih teruk.
Lihat juga keadaan di Iraq.
Kerajaan Saddam tumbang namun yang mengambil alih kuasa ialah gabungan pemimpin syiah dan Amerika.
Revolusi hanya salah satu wasilah.
Mungkin baik mungkin buruk.
Agenda kita tetap tarbiyyah, tarbiyyah dan tabiyyah.
Hanya dengan mengubah masyarakat,
menanam fikrah Islam kepada masyarakat,
perubahan dapat dicapai.
Lihatlah Egypt,
mereka berarak sambil melaungkan Allahuakbar,
mereka berhenti dari memprotes apabila tiba waktu solat dan bersolat di tengah2 medan,
adakah masyarakat kita sudah bersedia?
Salah satu persediaan kita sebagai umat Islam ialah bekerja dalam satu jemaah.
Mengamalkan amal jamaie.
Semuanya satu latihan kepada umat Islam,
yang telah lama kehilangan khilafah,
yang telah lupa berorganisasi atas jalan Islam.
Persediaan bila tiba satu hari Islam kembali berkuasa di muka bumi,
sudah ada rijal2 yang bersedia untuk mentadbir alam.
Teruskan mentarbiyyah.
Perhatikan berapa lama Ikhwanul Muslimin di Egypt mendidik masyarakat.
Doakan mereka dan kita terus thabat.
Petikan yang menarik dari Muntalaq
Generasi Kita Yang Terpedaya (Mangsa Keadaan !)
Selepas zaman pemerintahan Umar, berlalulah beberapa generasi. Islam didokong oleh pahlawan-pahlawan samada pemimpin dan reformis Islam. Tetapi pada waktu lain pula, berlaku juga kelekaan. Hinggalah tiba zaman hari ini kita dapati umat Islam telah dihancurkan oleh perancangan Yahudi dan negara-negara kafir. Kekayaan mereka dirampas, iman mereka lemah, neraca kehidupan mereka bertukar putar dan hukum al-Quran telah ditolak ke tepi. Musuh-musuh juga telah mendidik anak-anak orang Islam dengan pandangan hidup yang bertentangan langsung dengan Islam, berlindungkan pelbagai nama dan kelubung.
Sekiranya masih ada sakibaki iman dalam diri mana-mana muslim atau masih ada rasa sayangkan agama yang menyebabkan dia enggan meninggalkan agamanya, mereka akan menjadi korban pula kepada penipuan dan pelbagai topeng. Musuh berusaha supaya orang muslim ini akan terikut kepada ahli politik, sasterawan dan orientalis yang tidak memahami Islam. Mereka memperalatkan dalil-dalil al-Quran dan hadis yang umum atau kadangkala dengan hadis-hadis maudhu’ yang dimanipulasi untuk mencipta sistem-sistem politik dan ekonomi yang didakwa atau dilabel sebagai sistem Islam tanpa langsung mengikut disiplin kaedah usul fiqh dan memenuhi syarat-syarat ijtihad.
Sebenarnya tribulasi orang Islam pada hari ini tidak hanya terbatas pada penguasaan pemimpin yang sesat sahaja, bahkan menjangkau kepada persoalan pendidikan. Korikulum pendidikan dan pelajaran, jawatan-jawatan di universiti, akhbar-akhbar, majalah-majalah dan seluruh media massa digunakan untuk menghapuskan pemikiran dan nilai-nilai Islam. Hinggakan mangsa perangkap musuh ini merasa seronok dan merasa bangga kerana menyangka dirinya terlepas dari belenggu kekolotan lama.
Orang Islam yang maksiat pada hari ini sebenarnya adalah mangsa pendidikan tersebut, untuk ditukarkan menjadi fasiq mulanya dan supaya mereka akan mudah dijadikan kuda tunggangan oleh para taghut tersebut akhirnya.
Itu semua adalah style perancangan jahiliyyah sejak dahulu lagi, diwarisi oleh taghut moden dari taghut sebelumnya, berasal usul kepada Firaun.
”Firman Allah S.WT. :
فَاسْتَخَفَّ قَوْمَهُ فَأَطَاعُوهُ إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمًا فَاسِقِينَ
“Lalu Firaun memperbodoh (menyesatkan) kaumnya, lalu mereka mengikutnya. Kerana mereka itu memang kaum yang fasik.” (Az-Zukhruf 43:54)
Inilah tafsir yang betul terhadap sejarah. Hanya orang-orang yang fasik sahaja yang boleh diperdayakan oleh Firaun (lama atau moden). Orang yang beriman kepada Allah tidak akan dapat diperbodohkan oleh taghut dan tidak akan taat kepada perintah taghut.” 31
Begitulah, musuh-musuh Islam telah tahu vital-part yang telah diperkenalkan oleh Firaun. Mereka saling merancang untuk membuat kerosakan dan mengubah masyarakat supaya menjadi sampah-sarap yang tenggelam dalam lumpur seks, keji dan maksiat. Menjadikan masyarakat sentiasa sibuk dengan kepayahan mencari sesuap makanan. Akhirnya mereka menjadi penat dan letih dengan perut dan seks dan tiada masa lagi untuk mendengar nasihat atau petunjuk dan kembali kepada agama.” 32
Itulah cara dan taktik mereka. Taktik-taktik kotor, memerangi masjid denganballroom, menggantikan isteri-isteri dengar pelacur-pelacur, menyerang akidah menggunakan professor-professor ‘free- thinker’ dan menewaskan seni wira dengan seni hedonisma.33 Melalui pendidikan ini, mereka telah berjaya mengubah helang rajawali menjadi burung puyuh sebagaimana yang dikatakan oleh Iqbal….
“Ianya adalah seni dan proses penjinakan yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin sesat tersebut….iaitu seni:
merampas kecantikan lenggok bunga ’sarwa’ 34
menukar helang rajawali menjadi burung puyuh
mereka memperdayakan angkatan berkuda dengan irama merdu
lalu membenamkan bahtera ke dasar laut
mereka tidurkan kita dengan iramanya
dan memadamkan obor kita dengan tiupan nafasnya.”35

manusia pun beransur-ansur diresapi kehinaan.
“Secara fitrahnya, manusia bencikan kehinaan dan tidak suka kezaliman. Tetapi dengan pelbagai keadaan dan peristiwa yang berlaku, tanpa disedari mereka tunduk secara berangsur-ansur. Sedikit demi sedikit mereka menjadi terbiasa di dalam kehinaan lalu menjadi seperti singa yang telah dijinakkan. Namun begitu, unsur kemuliaan sebenarnya masih berbaki dijiwa dan masihmengalir bahang panasnya di dalam darah.
Apabila ada sahaja da’i yang menyeru kepada kemuliaan dan kebebasan, membangunkan jiwa yang lena dan menggerakkan semangat yang nyenyak, maka kemuliaan di dalam jiwanya itu mula berdenyut. Bara di dalam sekam mula menyala. Sifat kemanusiaan di dalam dirinya mula bangkit, tidak mahu dihina dan bangkit berjihad dan melihat segala apa yang dihadapinya di dalam jihad itu lebih ringan daripada diperhambakan, malah lebih baik daripada kehidupan kebinatangan.
Kehinaan yang menimpa manusia yang disebabkan oleh orang lain atau oleh faktor luaran, ianya akan cepat sembuh dan mudah dihilangkan. Sebaliknya, jika kehinaan itu timbul dari dalam diri dan terbit dari hati, itu adalah penyakit yang sangat berbahaya dan merupakan kematian yang tidak disedari.
Kerana itulah, puak taghut yang zalim sengaja menerapkan kehinaan kepadaorangramai melalui pendidikan yang hina dan asuhan agar tidak segan silutanpa tatasusila. Mereka besarkan para belia atas didikan ini dengan pelbagai sarana. Semuanya bertujuan untuk mematikan himmah dan memadamkan semangat juang agar kekuasaan terus menerus berada di tangan mereka.”36
Anak Singa Diubah Menjadi Kijang Yang Pengecut
Konspirasi ‘penjinakan’ itu memerlukan usaha menekan kesemua da’i Islam. Ia dibuat agar suara mendidik dan seluruh media massa dikuasai sepenuhnya oleh golongan yang kononnya hebat dari segi akademik dan sastera. Suara mereka disadurkan melalui pelbagai pertubuhan yang kelihatan pada zahirnya berbeza-beza.
Generasi baru keturunan pejuang dan anak-anak singa itu dididik supaya tunduk kepada syahwat dan karam dalam keseronokan seks dan kemewahan hidup. Mereka padamkan sejarah kehebatan umat Islam terdahulu serta dihapuskan kisah kisah para ulama’ kerana bimbang ia akan menjadi lampu penyuluh dan panduan amal untuk generasi baru muslim kini.
Itulah kandungan madah penyair Islam Muhammad Iqbal:
Zaman satu bangsa yang hina
Akan ada ilmuan, sasterawan dan orang yang arif bijaksana!
Mereka kelihatan berbeza dengan pelbagai ideologitetapi semuanya sependapat dengan satu target:
Mereka ajar anak singa agar menjadi kijang yang pengecut
dan mereka padamkan kisah-kisah singa pada bicara silam
Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan
Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan.37

Ianya telah berlaku.
Inilah mercu tanda perancangan kaum Yahudi dan Kristian. Mengasuh anak anak singa Islam supaya menjadi kijang yang pengecut. Mereka padamkan kisah singa-singa Islam samada para ulama’, ahli zuhud dan para pejuang Islam dari sejarah abad pertama Islam.

Plan pendidikan mereka ini telah melahirkan kijang-kijang yang pengecut, tidak lagi mampu menerkam. Kijang-kijang ini tidak mahu lagi memikul apa-apa tanggungjawab dan sentiasa cuba melarikan diri seboleh-bolehnya….!
Inilah generasi baru dari putera-puteri Islam…!
Anak-anak singa yang bertukar menjadi kijang yang pengecut.
Inilah generasi baru dari putera-puteri Islam…!
Anak-anak singa yang bertukar menjadi kijang yang pengecut.
Sebenarnya mereka itu merdeka, lalu diperhambakan, dan mereka bergembira menjadi hamba.
Perancangan mereka telah berjaya. Apa yang kita dapat lihat sekarang terdapat sesetengah orang ikhlas yang lebih cenderung untuk beruz1ah, mengasingkan diri dan takut berganding bahu bersama-sama umat Islam.. tidak lain melainkan kesan daripada pendidikan tersebut dan tanda efektifnya perancangan ini.
Ianya bukanlah suatu yang pelik. Kalaulah mereka telah berjaya menjauhkan ramai orang Islam dari Islam itu sendiri, maka tentu lebih mudah bagi mereka untuk menjauhkan lebih ramai lagi orang Islam dari sebahagian dari Islam. Mereka berjaya meyakinkan majoriti orang Islam bahawa perlunya mengasingkan diri (beruzlah) dan lebih baik berjaga-jaga dari sebarang kerja yang mengundang risiko kepada mereka (jihad dan amal Islam).
Ketika itu, bermulalah fasa kedua musuh-musuh Islam. Berlakulah proses peralihan cepat dari Islam kepada jahiliyyah…!
Read more...
6:39 AM
By Khairul Anam Mansor
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Intervarsity Games datang lagi! Kali ini bertempat di Hradec Kralove. Apa lagi? Jomla bersukan! Dah bersukan, mesti rasa lapar kan?
"Abg Senior, dekat mana ea Restoran Halal dekat Hradec ni?"
"Tu ha dekat area Central tu. Nama restoran dia California Fried Chicken. Halal"
"Alamak, leceh la pulak nak pergi sana"
JANGAN RISAU!
Kami ada penyelesaiannya!
Dengan hanya berbekalkan

Anda boleh menikmati hidangan 2 ketul ayam goreng yang jarang-jarang kita dapat rasa di CR ini
Untuk tempahan, boleh hubungi :
Hilmi : YM (hirumi_299)
Anam : YM (real_anamex)
Safwan : YM (ahmad_wawanz@yahoo.com)
Sila sertakan nama, batch, order, dedikasi ucapan.. (Untuk acara Sabtu (Bola Sepak Lelaki) ni 23/10/2010, dedikasi ucapan tidak akan dilakukan atas sebab-sebab yang tertentu.)
"Dari Perut Naik Ke Hati"
p/s: Utk Sabtu ni, hanya limited number of order je kami akan terima. Pat pat siku lipat, siapa cepat dia dapat ;)
100% SEMUA keuntungan akan disalurkan ke tabung pembinaan Islamic Center Hradec Kralove.
Mari membeli sambil beramal! :) Dijamin HALAL
Read more...
11:13 PM
By Khairul Anam Mansor
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِي
Tarbiyyah kita takwin centric atau tajmi' centric?
Mungkin ada yang kurang jelas dengan pertanyaan, saya ulang dalam ayat yang lebih 'layman'. Dakwah anda membentuk manusia atau mengumpul manusia?
Mana yang lebih utama? Yang mana yang anda lakukan?
Takwin.
Membina dan membentuk peribadi muslim. Bagaimana yang dikatakan peribadi muslim? Banyak ciri-ciri yang disebutkan dalam Quran & Sunnah. Cukup untuk kita tanpa perlu merujuk kepada Stephen Covey. Hanya samada kita perasan, memahami dan menerimanya atau tidak.
Ingin saya memetik apa yang disimpulkan oleh Ustaz Hassan Al-Banna bila menyebut peribadi muslim yang ingin dibentuk melalui tarbiyyah. Beliau menggariskan 10 muwasofat tarbiyyah atau ciri-ciri yang ingin dibentuk melalui tarbiyyah.
Inilah matlamat tarbiyyah. Membina individu-individu yang mempunyai ciri-ciri begini.
Sungguh mudah untuk mengumpul manusia.
Sungguh mudah mengajak manusia menyertai usrah.
Sungguh mudah mengajak mereka ke program-program Islamik.
Sungguh mudah mengajak mereka berjaulah.
Sungguh mudah mengajak mereka ke daurah.
Tetapi sangat sukar mengajak manusia meninggalkan jahiliyah.
Sungguh sukar mengajak manusia membiasakan diri dengan zikir.
Sungguh sukar mengajak manusia untuk mengorbankan waktu untuk membaca kitab-kitab agama.
Sungguh sukar mengajak manusia istiqamah membaca Quran setiap hari.
Sungguh sukar mengajak manusia mengorbankan waktu lapang mereka untuk insan-insan lain.
Sungguh sukar mengajak manusia untuk menolak panggilan ke hiburan tanpa batas.
Sungguh sukar mengajak manusia untuk menjaga mulut-mulut mereka.
Sukar dan sangat sukar.
Mentakwin tidak seperti mentajmi', kita membentuk manusia.
Sudah menjadi lumrah, bila sesuatu itu perlu dibentuk bermakna ada force atau daya yang akan melawan proses pembentukan.
Dalam kesukaran ini, ada daie yang mengalah dan menerima keadaan ini. Berpuas hati dengan keberadaan manusia dalam usrah dan program-program agama kendalian mereka. Seronok melihat bilangan yang ramai dalam program-program mereka. Seronok melihat orang-orang yang mereka dakwahi senyum, mesra dan manja dengan mereka. Semuanya pada masa yang sama orang-orang yang ingin didakwahi masih lagi belum cuba ditarik keluar dari belenggu jahiliyah mereka.
Berselindung disebalik alasan berhikmah dalam berdakwah. Menyamakan berhikmah dengan berlembut. Sedangkan berhikmah ialah menggunakan cara yang terbaik untuk mendapat hasil yang dihajati.
Sekiranya perlu berlembut, maka berlembut.
Sekiranya ada hati yang terasa, maka itulah yang perlu diberi.
Sekiranya kekasaran yang sesuai, maka itulah yang ditonjolkan.
Manusia-manusia yang ingin didakwahi berada didepan anda.
Apa matlamat anda untuk mereka?
Adakah anda mentakwin atau mentajmi' manusia?

12:10 AM
By Khairul Anam Mansor
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِي
Istanbul...
Bandar indah yang menjadi kota pemerintahan empayar Rom,Rom Timur dan Khalifah Turki Uthmaniyyah.
Bandar yang menjadi titik pertemuan peradaban timur dan barat.
Bandar yang menjadi saksi kebenaran hadis nabi S.A.W dan mukjizatnya.
Constatinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera...(Riwayat Imam Ahmad)
Bandar yang merupakan tempat Khalifah terakhir umat Islam sebelum runtuhnya empayar Islam terakhir.
Indahnya bandar ini menyebabkan ianya tidak diserang dengan bom oleh Tentera Jerman kerana tidak mahukan ianya musnah.
Bersama kami meneroka keunikan dan keindahan Istanbul.
Aya Sophia
Blue Mosque
Topkapi Palace
Basilica Cistern
Hippodrome
Valens Aqueduct
Benteng Istanbul yang dikatakan takkan runtuh
Bosphorus Cruise
Grand Bazaae
dan banyak lagi masjid-masjid menarik dan bersejarah di Istanbul
23 - 27 Disember 2010
Terbuka untuk semua brothers di Czech Republic
Hubungi Hakka: 775605393 regenesi@gmail.com atau muhammadhafiz0206@yahoo.co.uk
Jom selami sejarah khalifah terakhir umat Islam!
Sedikit mengenai sejarah Kota Istanbul
http://ustjai.wordpress.com/2009/05/29/constantinople-islambol-istanbul/

4:10 AM
By Khairul Anam Mansor
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِي
Adakah Islam agama yang benar?
Adakah tuhan adil dengan membiarkan seorang yang dibesarkan dalam sebuah keluarga yang bukan Islam masuk ke neraka sedangkan orang yang dibesarkan dalam keluarga Islam masuk syurga tanpa usaha?
Kenapa anda memilih Islam?
Bagaimana anda tahu Islam satu-satunya agama yang benar?
Apa bukti anda membuat pilihan yang benar?
Dan apabila dikatakan kepada mereka: " Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: " (Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami ". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahu suatu apa pun, dan tidak mendapat petunjuk? "

(Al-Baqarah 2:170)
Read more...
11:42 AM
By Khairul Anam Mansor
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِي
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah Allah telah mengurniakan kita peluang dan rahmat untuk berpuasa di Ramadhan ini. Syukur kepada Allah juga yang telah memberi rezeki kepada kita untuk pulang ke tanah air tercinta, Malaysia.
Kita akan kembali ke Czech tidak lama lagi. Pelajar-pelajar baru menanti kita. Sepanjang kepulangan kita di Malaysia, sudah tentu kita disibukkan dengan bertemu dengan ahli keluarga dan perkara-perkara lain. Ahli-ahli usrah kita pula terpisah dan berjauhan buat beberapa waktu. Teringat sebuah hadis tentang perbualan antara Hanzalah dan Abu Bakar r.a:
Hanzalah antara seorang sahabat yang mati syahid. Pun begitu, beliau merasa juga akan kelemahan dirinya.
Hanzalah bin Ar Rabi' adalah seorang juru tulis Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, ia berkisah : "Aku bertemu dengan Abu Bakar",
Lalu Abu Bakar menyapa seraya berkata : "Bagaimana kabarmu Hanzalah?",
Hanzalah : "Hanzalah telah menjadi seorang munafik",
Abu Bakar berkata : "Subhanallah, apa yang engkau ucapkan?!
Hanzalah : "Ketika berada bersama Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam beliau selalu mengingatkan tentang surga dan neraka seolah-olah aku melihatnya, lalu ketika aku keluar dari hadapan Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, aku disibukkan oleh istri, anak-anak dan mencari nafkah, aku menjadi lupa peringatan Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam!
Abu Bakar berkata : "Demi Allah, aku juga merasakan hal yang sama".
Lalu Hanzalah bersama Abu Bakar berangkat menemui Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam .
Hanzalah berkata : "Wahai Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, Hanzalah telah menjadi seorang munafik!
Rasulullah bersabda : "Kenapa?",
Hanzalah berkata : "Wahai Rasulullah, "Ketika berada disisimu, engkau mengingatkan tentang surga dan neraka seolah-olah kami melihatnya, lalu ketika kami keluar dari hadapanmu, kami disibukkan oleh istri, anak-anak dan mencari nafkah, sehingga kami menjadi lupa peringatanmu.
Rasulullah bersabda : "Demi yang jiwaku di tangan-Nya andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir niscaya para malaikat akan menjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya, akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)".
HR. Muslim.
Sudah menjadi lumrah manusia sebagai makhluk yang tidak sempurna dan banyak kelemahan untuk iman mereka naik dan turun. Naik apabila bertemu dengan sahabat-sahabat lain yang dekat dengan Allah dan turun apabila disibukkan dengan hal-hal dunia.
Oleh kerana itu,
pertemuan, duduk sekali dan bermuayashah adalah satu cara yang baik untuk meningkatkan kembali iman kita setelah kembali ke Czech. Dan Majlis Berbuka Puasa dan Qiam adalah antara cara yang baik untuk kita mulakan hidup kita di Czech kembali.
Puasa sunat Syawal
Salah satu sunnah Rasulullah S.A.W ialah berpuasa selama 6 hari di bulan Syawal. Dalilnya ialah:
من صام رمضان ثم أتبعه ستا من شوال كان كصيام الدهر
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1164 (Kitab al-Siyam, Bab disunatkan berpuasa enam hari dari bulan Syawal)]Puasa sunat dimulakan dari 2 Syawal seawal-awalnya kerana 1 Syawal merupakan hari yang diharamkan untuk berpuasa.
Perlu 6 hari berturut-turut ke?
Salah satu pandangan yang sering disebut-sebut dan biasa kita dengar ialah puasa sunat Syawal mestilah selama 6 hari berturut-turut. Benarkah pandangan ini?
Saya ingin memetik pandangan Imam Nawawi dalam perkara ini:Walaupun di sana ada yang berpendapat yang afdalnya adalah berturutan selepas hariraya disebabkan ungkapan ‘ثم أتبعه’ (kemudian dia susulinya), namun fadhilat puasa enam ini tetap diperolehi oleh sesiapa sahaja yang berpuasa mana-mana enam hari dengan niat sunnah tersebut dalam Bulan Syawwal. Inilah yang disebut oleh al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam Syarah Sahih Muslim.
Justeru itu, marilah kita manfaatkan peluang untuk memperolehi pahala yang banyak dari puasa sunat Syawal. Janganlah kita menghentikan niat kita untuk berpuasa kerana rasa tidak ada ruang atau kemampuan untuk berpuasa selama 6 hari berturut-turut. Boleh saja kita selang seli berpuasa asalkan ianya mencapai bilangan 6!
Rujukan:
http://drmaza.com/home/?p=729
http://hafizfirdaus.com/content/view/92/79/
Qiam
Qiam adalah bangun di tengah malam untuk menunaikan solat setelah tidur sebentar. Kenapa perlu qiam?
Qiam adalah masa terbaik untuk kita berduaan dengan Allah S.W.T tanpa gangguan manusia atau hal-hal dunia. Hanya antara kita dengan Allah di tengah malam. Menangislah sepuas hati, mengadulah dengan Allah semahunya dan muhasabahlah diri tanpa rasa malu.
Sesungguhnya adalah keperluan seorang muslim itu sentiasa memuhasabah diri akan dosa-dosanya. Menginsafi akan maksiat yang telah kita lakukan dan rahmat Allah yang sentiasa Allah berikan kepada kita. Di siang hari kita terlampau sibuk bergelumang dengan hal-hal dunia hinggakan waktu solat pun kadang-kadang tidak sempat berdoa. Di waktu malam, setelah bangun dari tidur, minda bersih dari kerisauan dan kekusutan akibat dunia, badan yang segar merupakan waktu yang baik sekali untuk mengukuhkan tali keimanan kita dengan Allah.

Merasakan kenikmatan mengadu dengan
pemilik alam ini,
pencipta kita,
yang menguasai takdir kita,
yang mengerti kesusahan dan dugaan kita,
yang memahami apa sahaja dalam hati kita.
Inilah kenikmatan qiamullail.
Yang masih dicari-cari hatta diri ini sendiri.
InsyaAllah,
bagi sesiapa yang ada di Olomouc pada 13 Septmber, marilah kita bersama duduk kembali dan menaikkan kembali iman kita.
Mu'az bin Jabal telah menterjemahkan perasaan ini dengan satu perkataan yang telah menjadi satu fasal daripada perlembagaan orang-orang yang beriman. Beliau telah berkata ketika mengingatkan sahabatnya:
Marilah kita duduk untuk beriman sejenak
Perkataan ini telah diambil oleh Ibnu Rawaahah, lalu ia berkata kepada Abu ad-Dardaa’ (ra) sambil memegang tangannya:
Marilah kita beriman sejenak. Sesungguhnya hati lebih cepat berbolak balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak.
(Petikan dari Muntalaq)
Jazakumullahu khairan kathira
Read more...
Subscribe to:
Posts (Atom)