Revolusi shortcut kepada ustaziyatul alam?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Assalamualaikum wbt.


Kita mungkin melihat revolusi sedang berlaku di Egypt sekarang.
Suka saya ingin ingatkan,
revolusi bukanlah shortcut untuk mencapai negara Islam.
Maratib amal dari Individu Muslim hinggalah ke Ustaziyatul Alam tetap merupakan jalan terpendek untuk mencapai ustaziyatul alam.

Revolusi yang dilakukan rakyat yang tiada fikrah Islam seumpama lari dari mulut harimau ke mulut buaya.
Sejarah membuktikan,
Zainal Abidin Ben Ali,
diktator Tunisia yang tumbang  beberapa hari yang lalu suatu masa dulu mendapat kuasa melalui revolusi juga.
Namun,
bagi mereka yg tiada fikrah Islam,
revolusi hanya ibarat gegak gempita sebulan 2.
Keadaan kembali seperti biasa bahkan mungkin lebih teruk.

Lihat juga keadaan di Iraq.
Kerajaan Saddam tumbang namun yang mengambil alih kuasa ialah gabungan pemimpin syiah dan Amerika.

Revolusi hanya salah satu wasilah.
Mungkin baik mungkin buruk.
Agenda kita tetap tarbiyyah, tarbiyyah dan tabiyyah.
Hanya dengan mengubah masyarakat,
menanam fikrah Islam kepada masyarakat,
perubahan dapat dicapai.

Lihatlah Egypt,
mereka berarak sambil melaungkan Allahuakbar,
mereka berhenti dari memprotes apabila tiba waktu solat dan bersolat di tengah2 medan,
adakah  masyarakat kita sudah bersedia?

Salah satu persediaan kita sebagai umat Islam ialah bekerja dalam satu jemaah.
Mengamalkan amal jamaie.
Semuanya satu latihan kepada umat Islam,
yang telah lama kehilangan khilafah,
yang telah lupa berorganisasi atas jalan Islam.
Persediaan bila tiba satu hari Islam kembali berkuasa di muka bumi,
sudah ada rijal2 yang bersedia untuk mentadbir alam.

Teruskan mentarbiyyah.
Perhatikan berapa lama Ikhwanul Muslimin di Egypt mendidik masyarakat.
Doakan mereka dan kita terus thabat.

Petikan yang menarik dari Muntalaq

Generasi Kita Yang Terpedaya (Mangsa Keadaan !)
Selepas zaman pemerintahan Umar, berlalulah beberapa generasi. Islam  didokong oleh pahlawan-pahlawan samada pemimpin dan reformis Islam. Tetapi pada waktu lain pula, berlaku juga kelekaan. Hinggalah tiba zaman hari ini kita dapati umat Islam telah dihancurkan oleh perancangan Yahudi dan negara-negara kafir. Kekayaan mereka dirampas, iman mereka lemah, neraca kehidupan mereka bertukar putar dan hukum al-Quran telah ditolak ke tepi. Musuh-musuh juga telah mendidik anak-anak orang Islam dengan pandangan hidup yang bertentangan langsung dengan Islam, berlindungkan pelbagai nama dan kelubung.
Sekiranya masih ada sakibaki iman dalam diri mana-mana muslim atau masih ada rasa sayangkan agama yang menyebabkan dia enggan meninggalkan agamanya, mereka akan menjadi korban pula kepada penipuan dan pelbagai topeng. Musuh berusaha supaya orang muslim ini akan terikut kepada ahli politik, sasterawan dan orientalis yang tidak memahami Islam. Mereka memperalatkan dalil-dalil al-Quran dan hadis yang umum atau kadangkala dengan hadis-hadis maudhu’ yang dimanipulasi untuk mencipta sistem-sistem politik dan ekonomi yang didakwa atau dilabel sebagai sistem Islam tanpa langsung mengikut disiplin kaedah usul fiqh dan memenuhi syarat-syarat ijtihad.
Sebenarnya tribulasi orang Islam pada hari ini tidak hanya terbatas pada penguasaan pemimpin yang sesat sahaja, bahkan menjangkau kepada persoalan pendidikan. Korikulum pendidikan dan pelajaran, jawatan-jawatan di universiti, akhbar­-akhbar, majalah-majalah dan seluruh media massa digunakan untuk menghapuskan pemikiran dan nilai-nilai Islam. Hinggakan mangsa perangkap musuh ini merasa seronok dan merasa bangga kerana menyangka dirinya terlepas dari belenggu kekolotan lama.
Orang Islam yang maksiat pada hari ini sebenarnya adalah mangsa pendidikan tersebut, untuk ditukarkan menjadi fasiq mulanya dan supaya mereka akan mudah dijadikan kuda tunggangan oleh para taghut tersebut akhirnya.
Itu semua adalah style perancangan jahiliyyah sejak dahulu lagi, diwarisi oleh taghut moden dari taghut sebelumnya, berasal usul kepada Firaun.
”Firman Allah S.WT. :
فَاسْتَخَفَّ قَوْمَهُ فَأَطَاعُوهُ إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمًا فَاسِقِينَ
Lalu Firaun memperbodoh (menyesatkan) kaumnya, lalu mereka mengikutnya. Kerana mereka itu memang kaum yang fasik.” (Az-Zukhruf 43:54)
Inilah tafsir yang betul terhadap sejarah. Hanya orang-orang yang fasik sahaja yang boleh diperdayakan oleh Firaun (lama atau moden). Orang yang beriman kepada Allah tidak akan dapat diperbodohkan oleh taghut dan tidak akan taat kepada perintah taghut.” 31
Begitulah, musuh-musuh Islam telah tahu vital-part yang telah diperkenalkan oleh Firaun. Mereka saling merancang untuk membuat kerosakan dan mengubah masyarakat supaya menjadi sampah-sarap yang tenggelam dalam lumpur seks, keji dan maksiat. Menjadikan masyarakat sentiasa sibuk dengan kepayahan mencari sesuap makanan. Akhirnya mereka menjadi penat dan letih dengan perut dan seks dan tiada masa lagi untuk mendengar nasihat atau petunjuk dan kembali kepada agama.” 32
Itulah cara dan taktik mereka. Taktik-taktik kotor, memerangi masjid denganballroom, menggantikan isteri-isteri dengar pelacur-pelacur, menyerang akidah menggunakan professor-professor ‘free-thinker’ dan menewaskan seni wira dengan seni hedonisma.33 Melalui pendidikan ini, mereka telah berjaya mengubah helang rajawali menjadi burung puyuh sebagaimana yang dikatakan oleh Iqbal….
“Ianya adalah seni dan proses penjinakan yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin sesat tersebut….iaitu seni:
merampas kecantikan lenggok bunga ’sarwa’ 34
menukar helang rajawali menjadi burung puyuh

mereka memperdayakan angkatan berkuda dengan irama merdu

lalu membenamkan bahtera ke dasar laut

mereka tidurkan kita dengan iramanya

dan memadamkan obor kita dengan tiupan nafasnya.”
35
manusia pun beransur-ansur diresapi kehinaan.
“Secara fitrahnya, manusia bencikan kehinaan dan tidak suka kezaliman. Tetapi dengan pelbagai keadaan dan peristiwa yang berlaku, tanpa disedari mereka tunduk secara berangsur-ansur. Sedikit demi sedikit mereka menjadi terbiasa di dalam kehinaan lalu menjadi seperti singa yang telah dijinakkan. Namun begitu, unsur kemuliaan sebenarnya masih berbaki dijiwa dan masihmengalir bahang panasnya di dalam darah.
Apabila ada sahaja da’i yang menyeru kepada kemuliaan dan kebebasan, membangunkan jiwa yang lena dan menggerakkan semangat yang nyenyak, maka kemuliaan di dalam jiwanya itu mula berdenyut. Bara di dalam sekam mula menyala. Sifat kemanusiaan di dalam dirinya mula bangkit, tidak mahu dihina dan bangkit berjihad dan melihat segala apa yang dihadapinya di dalam jihad itu lebih ringan daripada diperhambakan, malah lebih baik daripada kehidupan kebinatangan.
Kehinaan yang menimpa manusia yang disebabkan oleh orang lain atau oleh faktor luaran, ianya akan cepat sembuh dan mudah dihilangkan. Sebaliknya, jika kehinaan itu timbul dari dalam diri dan terbit dari hati, itu adalah penyakit yang sangat berbahaya dan merupakan kematian yang tidak disedari.
Kerana itulah, puak taghut yang zalim sengaja menerapkan kehinaan kepadaorangramai melalui pendidikan yang hina dan asuhan agar tidak segan silutanpa tatasusila. Mereka besarkan para belia atas didikan ini dengan pelbagai sarana. Semuanya bertujuan untuk mematikan himmah dan memadamkan semangat juang agar kekuasaan terus menerus berada di tangan mereka.”36
Anak Singa Diubah Menjadi Kijang Yang Pengecut
Konspirasi ‘penjinakan’ itu memerlukan usaha menekan kesemua da’i Islam. Ia dibuat agar suara mendidik dan seluruh media massa dikuasai sepenuhnya oleh golongan yang kononnya hebat dari segi akademik dan sastera. Suara mereka disadurkan melalui pelbagai pertubuhan yang kelihatan pada zahirnya berbeza-beza.
Generasi baru keturunan pejuang dan anak-anak singa itu dididik supaya tunduk kepada syahwat dan karam dalam keseronokan seks dan kemewahan hidup. Mereka padamkan sejarah kehebatan umat Islam terdahulu serta dihapuskan kisah kisah para ulama’ kerana bimbang ia akan menjadi lampu penyuluh dan panduan amal untuk generasi baru muslim kini.
Itulah kandungan madah penyair Islam Muhammad Iqbal:
Zaman satu bangsa yang hina
Akan ada ilmuan, sasterawan dan or­ang yang arif bijaksana!

Mereka kelihatan berbeza dengan pelbagai ideologi
tetapi semuanya sependapat dengan satu target:
Mereka ajar anak singa 
agar menjadi kijang yang pengecut
dan mereka padamkan kisah-kisah singa pada bicara silam

Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan
Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan.
37
Ianya telah berlaku.
Inilah mercu tanda perancangan kaum Yahudi dan Kristian. Mengasuh anak anak singa Islam supaya menjadi kijang yang pengecut. Mereka padamkan kisah singa-singa Islam samada para ulama’, ahli zuhud dan para pejuang Islam dari sejarah abad pertama Islam.
Plan pendidikan mereka ini telah melahirkan kijang-kijang yang pengecut, tidak lagi mampu menerkam. Kijang-kijang ini tidak mahu lagi memikul apa-apa tanggungjawab dan sentiasa cuba melarikan diri seboleh-bolehnya….!
Inilah generasi baru dari putera-puteri Islam…!
Anak-anak singa yang bertukar menjadi kijang yang pengecut.
Sebenarnya mereka itu merdeka, lalu diperhambakan, dan mereka bergembira menjadi hamba.
Perancangan mereka telah berjaya. Apa yang kita dapat lihat sekarang terdapat sesetengah orang ikhlas yang lebih cenderung untuk beruz1ah, mengasingkan diri dan takut berganding bahu bersama-sama umat Islam.. tidak lain melainkan kesan daripada pendidikan tersebut dan tanda efektifnya perancangan ini.
Ianya bukanlah suatu yang pelik. Kalaulah mereka telah berjaya menjauhkan ramai orang Islam dari Islam itu sendiri, maka tentu lebih mudah bagi mereka untuk menjauhkan lebih ramai lagi orang Islam dari sebahagian dari Islam. Mereka berjaya meyakinkan majoriti orang Islam bahawa perlunya mengasingkan diri (beruzlah) dan lebih baik berjaga-jaga dari sebarang kerja yang mengundang risiko kepada mereka (jihad dan amal Islam).
Ketika itu, bermulalah fasa kedua musuh-musuh Islam. Berlakulah proses peralihan cepat dari Islam kepada jahiliyyah…!

0 Responses