Ikhwah Fried Chicken @iGames '10

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ






Intervarsity Games datang lagi! Kali ini bertempat di Hradec Kralove. Apa lagi? Jomla bersukan! Dah bersukan, mesti rasa lapar kan?

"Abg Senior, dekat mana ea Restoran Halal dekat Hradec ni?"

"Tu ha dekat area Central tu. Nama restoran dia California Fried Chicken. Halal"

"Alamak, leceh la pulak nak pergi sana"

JANGAN RISAU!

Kami ada penyelesaiannya!

Dengan hanya berbekalkan



Anda boleh menikmati hidangan 2 ketul ayam goreng yang jarang-jarang kita dapat rasa di CR ini

Untuk tempahan, boleh hubungi :

Hilmi : YM (hirumi_299)
Anam : YM (real_anamex)
Safwan :  YM (ahmad_wawanz@yahoo.com)

Sila sertakan nama, batch, order, dedikasi ucapan.. (Untuk acara Sabtu (Bola Sepak Lelaki) ni 23/10/2010, dedikasi ucapan tidak akan dilakukan atas sebab-sebab yang tertentu.)

"Dari Perut Naik Ke Hati"

p/s: Utk Sabtu ni, hanya limited number of order je kami akan terima. Pat pat siku lipat, siapa cepat dia dapat ;)

100% SEMUA keuntungan akan disalurkan ke tabung pembinaan Islamic Center Hradec Kralove.

Mari membeli sambil beramal! :) Dijamin HALAL



Read more...

Takwin Centric atau Tajmi' Centric?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِي


Tarbiyyah kita takwin centric atau tajmi' centric?


Mungkin ada yang kurang jelas dengan pertanyaan, saya ulang dalam ayat yang lebih 'layman'. Dakwah anda membentuk manusia atau mengumpul manusia?
Mana yang lebih utama? Yang mana yang anda lakukan?


Takwin.


Membina dan membentuk peribadi muslim. Bagaimana yang dikatakan peribadi muslim? Banyak ciri-ciri yang disebutkan dalam Quran & Sunnah. Cukup untuk kita tanpa perlu merujuk kepada Stephen Covey. Hanya samada kita perasan, memahami dan menerimanya atau tidak.


Ingin saya memetik apa yang disimpulkan oleh Ustaz Hassan Al-Banna bila menyebut peribadi muslim yang ingin dibentuk melalui tarbiyyah. Beliau menggariskan 10 muwasofat tarbiyyah atau ciri-ciri yang ingin dibentuk melalui tarbiyyah.





Inilah matlamat tarbiyyah. Membina individu-individu yang mempunyai ciri-ciri begini.


Sungguh mudah untuk mengumpul manusia.
Sungguh mudah mengajak manusia menyertai usrah.
Sungguh mudah mengajak mereka ke program-program Islamik.
Sungguh mudah mengajak mereka berjaulah.
Sungguh mudah mengajak mereka ke daurah.


Tetapi sangat sukar mengajak manusia meninggalkan jahiliyah.
Sungguh sukar mengajak manusia membiasakan diri dengan zikir.
Sungguh sukar mengajak manusia untuk mengorbankan waktu untuk membaca kitab-kitab agama.
Sungguh sukar mengajak manusia istiqamah membaca Quran setiap hari.
Sungguh sukar mengajak manusia mengorbankan waktu lapang mereka untuk insan-insan lain.
Sungguh sukar mengajak manusia untuk menolak panggilan ke hiburan tanpa batas.
Sungguh sukar mengajak manusia untuk menjaga mulut-mulut mereka.


Sukar dan sangat sukar.
Mentakwin tidak seperti mentajmi', kita membentuk manusia.
Sudah menjadi lumrah, bila sesuatu itu perlu dibentuk bermakna ada force atau daya yang akan melawan proses pembentukan.


Dalam kesukaran ini, ada daie yang mengalah dan menerima keadaan ini. Berpuas hati dengan keberadaan manusia dalam usrah dan program-program agama kendalian mereka. Seronok melihat bilangan yang ramai dalam program-program mereka. Seronok melihat orang-orang yang mereka dakwahi senyum, mesra dan manja dengan mereka. Semuanya pada masa yang sama orang-orang yang ingin didakwahi masih lagi belum cuba ditarik keluar dari belenggu jahiliyah mereka.


Berselindung disebalik alasan berhikmah dalam berdakwah. Menyamakan berhikmah dengan berlembut. Sedangkan berhikmah ialah menggunakan cara yang terbaik untuk mendapat hasil yang dihajati. 
Sekiranya perlu berlembut, maka berlembut. 
Sekiranya ada hati yang terasa, maka itulah yang perlu diberi.
Sekiranya kekasaran yang sesuai, maka itulah yang ditonjolkan.


Manusia-manusia yang ingin didakwahi berada didepan anda.
Apa matlamat anda untuk mereka?


Adakah anda mentakwin atau mentajmi' manusia?
Read more...

Jaulah Istanbul '10

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِي






Istanbul...
Bandar indah yang menjadi kota pemerintahan empayar Rom,Rom Timur dan Khalifah Turki Uthmaniyyah.
Bandar yang menjadi titik pertemuan peradaban timur dan barat.
Bandar yang menjadi saksi kebenaran hadis nabi S.A.W dan mukjizatnya.


Constatinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera...(Riwayat Imam Ahmad)


Bandar yang merupakan tempat Khalifah terakhir umat Islam sebelum runtuhnya empayar Islam terakhir.
Indahnya bandar ini menyebabkan ianya tidak diserang dengan bom oleh Tentera Jerman kerana tidak mahukan ianya musnah.







Bersama kami meneroka keunikan dan keindahan Istanbul.


Aya Sophia
Blue Mosque
Topkapi Palace
Basilica Cistern
Hippodrome
Valens Aqueduct
Benteng Istanbul yang dikatakan takkan runtuh
Bosphorus Cruise
Grand Bazaae
dan banyak lagi masjid-masjid menarik dan bersejarah di Istanbul


23 - 27 Disember 2010
Terbuka untuk semua brothers di Czech Republic
Hubungi Hakka: 775605393 regenesi@gmail.com atau muhammadhafiz0206@yahoo.co.uk


Jom selami sejarah khalifah terakhir umat Islam!


Sedikit mengenai sejarah Kota Istanbul
http://ustjai.wordpress.com/2009/05/29/constantinople-islambol-istanbul/
Read more...

Ta'lim Manusia Mencari Tuhan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِي




Adakah Islam agama yang benar?


Adakah tuhan  adil dengan membiarkan seorang yang dibesarkan dalam sebuah keluarga yang bukan Islam masuk ke neraka sedangkan orang yang dibesarkan dalam keluarga Islam masuk syurga tanpa usaha?


Kenapa anda memilih Islam?


Bagaimana anda tahu Islam satu-satunya agama yang benar?


Apa bukti anda membuat pilihan yang benar?


Dan apabila dikatakan kepada mereka: " Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: " (Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami ". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahu suatu apa pun, dan tidak mendapat petunjuk? "
(Al-Baqarah 2:170

Read more...

Majlis Berbuka Puasa & Qiam



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِي
Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah Allah telah mengurniakan kita peluang dan rahmat untuk berpuasa di Ramadhan ini. Syukur kepada Allah juga yang telah memberi rezeki kepada kita untuk pulang ke tanah air tercinta, Malaysia.


Kita akan kembali ke Czech tidak lama lagi. Pelajar-pelajar baru menanti kita. Sepanjang kepulangan kita di Malaysia, sudah tentu kita disibukkan dengan bertemu dengan ahli keluarga dan perkara-perkara lain. Ahli-ahli usrah kita pula terpisah dan berjauhan buat beberapa waktu. Teringat sebuah hadis tentang perbualan antara Hanzalah dan Abu Bakar r.a:


Hanzalah antara seorang sahabat yang mati syahid. Pun begitu, beliau merasa juga akan kelemahan dirinya.

Hanzalah bin Ar Rabi' adalah seorang juru tulis Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, ia berkisah : "Aku bertemu dengan Abu Bakar",

Lalu Abu Bakar menyapa seraya berkata : "Bagaimana kabarmu Hanzalah?",

Hanzalah : "Hanzalah telah menjadi seorang munafik",

Abu Bakar berkata : "Subhanallah, apa yang engkau ucapkan?!

Hanzalah : "Ketika berada bersama Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam beliau selalu mengingatkan tentang surga dan neraka seolah-olah aku melihatnya, lalu ketika aku keluar dari hadapan Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, aku disibukkan oleh istri, anak-anak dan mencari nafkah, aku menjadi lupa peringatan Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam!

Abu Bakar berkata : "Demi Allah, aku juga merasakan hal yang sama".

Lalu Hanzalah bersama Abu Bakar berangkat menemui Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam .

Hanzalah berkata : "Wahai Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, Hanzalah telah menjadi seorang munafik!

Rasulullah bersabda : "Kenapa?",

Hanzalah berkata : "Wahai Rasulullah, "Ketika berada disisimu, engkau mengingatkan tentang surga dan neraka seolah-olah kami melihatnya, lalu ketika kami keluar dari hadapanmu, kami disibukkan oleh istri, anak-anak dan mencari nafkah, sehingga kami menjadi lupa peringatanmu.

Rasulullah bersabda : "Demi yang jiwaku di tangan-Nya andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir niscaya para malaikat akan menjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya, akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)". 



HR. Muslim.


Sudah menjadi lumrah manusia sebagai makhluk yang tidak sempurna dan banyak kelemahan untuk iman mereka naik dan turun. Naik apabila bertemu dengan sahabat-sahabat lain yang dekat dengan Allah dan turun apabila disibukkan dengan hal-hal dunia.


Oleh kerana itu,
pertemuan, duduk sekali dan bermuayashah adalah satu cara yang baik untuk meningkatkan kembali iman kita setelah kembali ke Czech. Dan Majlis Berbuka Puasa dan Qiam adalah antara cara yang baik untuk kita mulakan hidup kita di Czech kembali.


Puasa sunat Syawal


Salah satu sunnah Rasulullah S.A.W ialah berpuasa selama 6 hari di bulan Syawal. Dalilnya ialah:


من صام رمضان ثم أتبعه ستا من شوال كان كصيام الدهر
 “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1164 (Kitab al-Siyam, Bab disunatkan berpuasa enam hari dari bulan Syawal)]


Puasa sunat  dimulakan dari 2 Syawal seawal-awalnya kerana 1 Syawal merupakan hari yang diharamkan untuk berpuasa.


Perlu 6 hari berturut-turut ke?


Salah satu pandangan yang sering disebut-sebut dan biasa kita dengar ialah puasa sunat Syawal mestilah selama 6 hari berturut-turut. Benarkah pandangan ini?


Saya ingin memetik pandangan Imam Nawawi dalam perkara ini:


Walaupun di sana ada yang berpendapat yang afdalnya adalah berturutan selepas hariraya disebabkan ungkapan ‘ثم أتبعه’ (kemudian dia susulinya), namun fadhilat puasa enam ini tetap diperolehi oleh sesiapa sahaja yang berpuasa mana-mana enam hari dengan niat sunnah tersebut dalam Bulan Syawwal. Inilah yang disebut oleh al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam Syarah Sahih Muslim.


Justeru itu, marilah kita manfaatkan peluang untuk memperolehi pahala yang banyak dari puasa sunat Syawal. Janganlah kita menghentikan niat kita untuk berpuasa kerana rasa tidak ada ruang atau kemampuan untuk berpuasa selama 6 hari berturut-turut. Boleh saja kita selang seli berpuasa asalkan ianya mencapai bilangan 6!


Rujukan:
http://drmaza.com/home/?p=729
http://hafizfirdaus.com/content/view/92/79/


Qiam


Qiam adalah bangun di tengah malam untuk menunaikan solat setelah tidur sebentar. Kenapa perlu qiam?


Qiam adalah masa terbaik untuk kita berduaan dengan Allah S.W.T tanpa gangguan manusia atau hal-hal dunia. Hanya antara kita dengan Allah di tengah malam. Menangislah sepuas hati, mengadulah dengan Allah semahunya dan muhasabahlah diri tanpa rasa malu. 


Sesungguhnya adalah keperluan seorang muslim itu sentiasa memuhasabah diri akan dosa-dosanya. Menginsafi akan maksiat  yang telah kita lakukan dan rahmat Allah yang sentiasa Allah berikan kepada kita. Di siang hari kita terlampau sibuk bergelumang dengan hal-hal dunia hinggakan waktu solat pun kadang-kadang tidak sempat berdoa. Di waktu malam, setelah bangun dari tidur, minda bersih dari kerisauan dan kekusutan akibat dunia, badan yang segar merupakan waktu yang baik sekali untuk mengukuhkan tali keimanan kita dengan Allah.


Merasakan kenikmatan mengadu dengan 
pemilik alam ini,
pencipta kita,
yang menguasai takdir kita,
yang mengerti kesusahan dan dugaan kita,
yang memahami apa sahaja dalam hati kita.


Inilah kenikmatan qiamullail.
Yang masih dicari-cari hatta diri ini sendiri.


InsyaAllah,
bagi sesiapa yang ada di Olomouc pada 13 Septmber, marilah kita bersama duduk kembali dan menaikkan kembali iman kita.


Mu'az bin Jabal telah menterjemahkan perasaan ini dengan satu perkataan yang telah menjadi satu fasal daripada perlembagaan orang-orang yang beriman. Beliau telah berkata ketika mengingatkan sahabatnya:
Marilah kita duduk untuk beriman sejenak

Perkataan ini telah diambil oleh Ibnu Rawaahah, lalu ia berkata kepada Abu ad-Dardaa’ (ra) sambil memegang tangannya:
Marilah kita beriman sejenak. Sesungguhnya hati lebih cepat berbolak balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak.



(Petikan dari Muntalaq)


Jazakumullahu khairan kathira
Read more...

Bila agama di bawah telunjuk nasionalis

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِي 

Perkasa mahu undang-undang halang bukan Islam kunjungi masjid

August 29, 2010

Putera Haakon and Puteri Mette-Marit (kiri) dari Norway menziarahi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di Shah Alam, 10 Mac 2010. — Foto Reuters
KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Perkasa mahu undang-udang digubal bagi melarang bukan Islam daripada memasuki kawasan masjid dan surau meskipun tokoh agama berpandangan bahawa tidak salah bagi masyarakat bukan Muslim berbuat demikian.
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa bukan Islam boleh mengunjungi rumah ibadat umat Islam.
Selain mereka, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat juga mempertahankan kunjungan bukan Islam ke masjid dan surau.
Malah pandangan Perkasa itu bertentangan dengan fatwa Mac lalu yang membenarkan pelancongan mengunjungi masjid.
“Perlu ada undang-undang bagi menghalang insiden bukan Islam memasuki kawasan surau dan masjid,” kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali pada sidang media di sini hari ini.
Meskipun beliau mengakui bahawa bukan Islam pernah memasuki masjid ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w, Ibrahim berkata, menjadi tanggungjawab Islam untuk mempertahankan kesucian rumah ibadat.
Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini turut menuduh Nik Aziz tidak menjalankan tanggungjawabnya sepenuhnya dengan mempertahankan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang mengunjungi Surau Al-Huda di Kajang, Ahad lalu.
“Sebagai Muslim, taqwa mengatakan bahawa kita mesti memelihara kesucian masjid. Nik Aziz seorang yang beriman tetapi kurang bertaqwa,” kata Ibrahim.
Ibrahim menggesa Majlis Agama Islam Selangor agar mengambil tindakan ke atas jawatankuasa pengurusan Surau Al-Huda yang membenarkan Teo menyampaikan ucapan.
“Tindakan ini telah mencemari kesucian Islam,” kata Ibrahim.
Ibrahim menuduh wakil rakyat penggal pertama menyampaikan ucapan dengan bermotifkan politik.
“Beliau bercakap tanpa tudung dan tidak menutup aurat. Ia keterlaluan, beliau mempunyai niat politik,” kata beliau lagi.
Ibrahim berkata walaupun beliau dijemput untuk menyampaikan ucapan di kuil-kuil selaku wakil rakyat tetapi lazimnya akan menolak jemputan sedemikian bagi mengelakkan politik dan agama bercampur.
“Apa akan berlaku jika saya bercakap mengenai politik di kuil atau gereja? Orang Hindu tidak akan menyukai. Orang Kristian juga tidak akan menyukai,” kata beliau. 

















Bila sifat perkauman (atau nasionalisme) dah melampau sangat, macam inilah jadinya. Hingga agama pun kalau boleh di'hakmilik eksklusifkan'. Sesetengah orang cuba menjustifikasikan nasionalisme dengan pendapat perlunya nasionalisme sekiranya ia membantu tegaknya Islam di Malaysia dengan kukuh.

Namun, dalam kes ini, di mana pertimbangan demi kebaikan dakwah Islamiyyah? Dakwah sudah diletakkan di mana?

5:8
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi oranag-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.




(Al-Maidah 5:8)
Non-muslim dilarang memasuki masjid




Pandangan-pandangan sempit dan tidak bersandarkan dalil Quran & Sunnah macam inilah yang menyebabkan Islam lambat berkembang di Malaysia. Kemudian, bila agama lain berkembang banyak pihak dimaki hamun pula.

Apakah asas pertimbangan anda? Untuk Islam, untuk bangsa sendiri atau lain-lain?. 
Saya Bukan Mempertahankan YB Teo Nie Ching
Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin
Ada media yang melaporkan saya mempertahankan tindakan YB Teo Nie Ching, saya kira laporan itu kurang tepat. Saya tidak campur dalam urusan politik beliau dan tidak mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku. Cuma, saya menegaskan beberapa perkara berikut;
1. Bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid jika dengan tujuan yang betul seperti untuk mengenali Islam, memahami atau mempelajarinya. Juga untuk urusan dengan orang muslim, dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan masjid. Ini kerana pada zaman Nabi s.a.w bukan muslim masuk ke masjid untuk bertemu Rasulullah s.a.w.
2. Isu-isu agama Islam hendaklah dinilai dengan timbangan agama yang berteraskan dalil dan hujah. Menggunakan neraca politik kepartian untuk menilai isu agama boleh merosakkan kesucian agama ini. Islam dibina atas hujah dan dalil, sementara politik kepartian sering dibina atas persepsi dan prejudis.
3. Bukan muslim, bahkan muslim juga tidak boleh menggunakan masjid untuk tujuan politik puak dan peribadi.
4. Pandangan dan pendapat mengenai Islam hendaklah berteraskan hakikat Islam yang sebenar. Pendekatan sesetengah golongan politik kebelakangan ini menggunakan isu agama untuk membangkit permusuhan kaum sehingga boleh menimbulkan salahfaham terhadap Islam, sebenarnya tindakan itulah yang mencemarkan Islam. 

Read more...

Hati-hati dengan hati


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِي


Melihatkan tamadun manusia hari ini, begitu banyak sekali profesion-profesion yang ada untuk memenuhi tuntutan dunia manusia. Profesion dimana untuk menguasainya memerlukan dua hingga tiga dekad kehidupan manusia didedikasikan padanya.


Doktor


Lihat sajalah pada kehidupan seorang doktor. Untuk mendapat perakuan, panggilan 'doktor', biasanya pada umur 25 tahun baru tercapai. Itu pun hanyalah sebagai seorang 'houseman', kuli kepada 'medical officer' dan 'specialist'. Mungkin 5 hingga 6 tahun sebelum boleh melanjutkan kepakaran dalam bidang tertentu. Realitinya untuk merawat masyarakat masa kini memerlukan lebih dari rawatan fizikal.






Apa yang doktor lakukan hanyalah memberi impresi yang dia berjaya melambatkan kematian (kerana kematian telah ditentukan oleh Allah sebelum kita lahir lagi). Buka mata dan lihat sekitar anda. Berapa ramai doktor yang 
merokok di luar hospital, berapa ramai yang masih meneguk arak biarpun kerana arak itulah mereka mempunyai kanser kolon, berapa ramai bayi yang terbuang biarpun kondom dijual secara berleluasa di 7 Eleven dan sebagainya.


Ilmu cukup malah lebih dari cukup untuk diamalkan. Tapi mengapa ianya seolah-olah tidak berguna langsung?


Arkitek


Tokyo, New York, Kuala Lumpur, Amsterdam. Bandar-bandar yang gah dengan bangunan yang tersergam indah dan mencakar langit. Andai kualiti hidup dinilai dari bangunan-bangunan yang ada pasti tempat-tempat inilah yang tertinggi di dunia.


Sesuatu yang pernah dialami oleh kaum-kaum yang telah pupus. Lihat sajalah Piramid, Ziggurat, Taman Tergantung Babylon dan banyak lagi umat Islam. Semuanya masih gah sehingga hari ini. Semuanya masih tegak berdiri menerima kunjungan manusia yang silih berganti.


Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunah Allah; karena itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul).
(Ali Imran 3:137)


Sejauh mana ketinggian bangunan menjamin kebahagiaan penduduknya?
Sejauh mana kemegahan sesuatu binaan melambangkan ketinggian akhlak penduduk di sekitarnya?


Guru, ahli sukan, polis


Semuanya menyumbang kepada pembangunan. Tak siapa nafikan. Namun kita berdepan juga dengan kisah-kisah seperti guru yang mengajar sekadar untuk menjustifikasikan dirinya menerima gaji, ahli sukan yang menggunakan kemahirannya untuk terlibat dalam pertaruhan dan polis yang menerima rasuah.


Di mana silapnya?


Semuanya telah tersedia bak peralatan yang menanti untuk digunakan, dimanfaatkan. Tapi sayangnya yang menggunakannya telah melakukan kezaliman dengan meletakkanya di tempat yang salah. Hati yang memandu penggunaan telah mengkhianati tujuan alatan-alatan tersebut dicipta.
Pokok pangkalnya masalah bermula dengan hati!


Kerana hati yang rosaklah menyebabkan seorang penagih alkohol kembali ke hospital berulang kali, biarpun setiap kalinya dia berjaya dirawat sehingga sihat oleh doktor.
Kerana hati yang rosaklah menyebabkan bangunan-bangunan yang megah digunakan untuk tujuan maksiat biarpun bangunan itu sendiri berhiaskan kaligrafi Al-Quran.
Kerana hati yang rosaklah menyebabkan anak-anak murid terabai biarpun dengan segala macam kursus yang telah diikuti dan segala kemudahan yang telah disediakan.
Kerana hati yang rosaklah sukan tidak menjadi medan menyihatkan badan tapi medan untuk mendapat kekayaan.
Kerana hati yang rosaklah seorang yang ditugaskan menegakkan keadilan mengkhianati keadilan yang dipertahankannya.


Zaman Jahiliyyah


Jahiliyah apakah yang berleluasa ketika Islam belum sampai di Mekah? Nak dikatakan jahil, bangsa Arab ketika itu terkenal dengan kemahiran bersyair. Jiwa mereka begitu sensitif dengan syair sehingga keindahan bahasa Al-Quran memukau mereka. Perdagangan juga telah berjalan sehingga ke negara-negara lain. Banyak kafilah yang sentiasa datang dan pergi ke Mekah. Jika dikatakan pengecut, mereka tak lekang dari peperangan antara kabilah sehingga kebenaran disembunyikan, yang penting kabilah sendiri mesti dipertahankan. Sebahagian dari mereka masih mewarisi risalah-risalah dari nabi-nabi terdahulu terutamanya Nabi Ibrahim bagi bangsa Arab.


Bandingkan dengan situasi kita sekarang.


Ketika inilah Al-Quran turun.
Turunnya Al-Quran bukan untuk mengajar cara membaiki empangan Ma'arib.
Bukan juga untuk mengajar matematik, perubatan mahupun cara membaca.
Al-Quran turun dengan tujuan yang lebih mulia. Merawat punca kepada segala permasalahan yang berlaku.


Al-Quran turun untuk merawat hati manusia!


Read more...