Bila agama di bawah telunjuk nasionalis

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِي 

Perkasa mahu undang-undang halang bukan Islam kunjungi masjid

August 29, 2010

Putera Haakon and Puteri Mette-Marit (kiri) dari Norway menziarahi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di Shah Alam, 10 Mac 2010. — Foto Reuters
KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Perkasa mahu undang-udang digubal bagi melarang bukan Islam daripada memasuki kawasan masjid dan surau meskipun tokoh agama berpandangan bahawa tidak salah bagi masyarakat bukan Muslim berbuat demikian.
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa bukan Islam boleh mengunjungi rumah ibadat umat Islam.
Selain mereka, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat juga mempertahankan kunjungan bukan Islam ke masjid dan surau.
Malah pandangan Perkasa itu bertentangan dengan fatwa Mac lalu yang membenarkan pelancongan mengunjungi masjid.
“Perlu ada undang-undang bagi menghalang insiden bukan Islam memasuki kawasan surau dan masjid,” kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali pada sidang media di sini hari ini.
Meskipun beliau mengakui bahawa bukan Islam pernah memasuki masjid ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w, Ibrahim berkata, menjadi tanggungjawab Islam untuk mempertahankan kesucian rumah ibadat.
Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini turut menuduh Nik Aziz tidak menjalankan tanggungjawabnya sepenuhnya dengan mempertahankan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang mengunjungi Surau Al-Huda di Kajang, Ahad lalu.
“Sebagai Muslim, taqwa mengatakan bahawa kita mesti memelihara kesucian masjid. Nik Aziz seorang yang beriman tetapi kurang bertaqwa,” kata Ibrahim.
Ibrahim menggesa Majlis Agama Islam Selangor agar mengambil tindakan ke atas jawatankuasa pengurusan Surau Al-Huda yang membenarkan Teo menyampaikan ucapan.
“Tindakan ini telah mencemari kesucian Islam,” kata Ibrahim.
Ibrahim menuduh wakil rakyat penggal pertama menyampaikan ucapan dengan bermotifkan politik.
“Beliau bercakap tanpa tudung dan tidak menutup aurat. Ia keterlaluan, beliau mempunyai niat politik,” kata beliau lagi.
Ibrahim berkata walaupun beliau dijemput untuk menyampaikan ucapan di kuil-kuil selaku wakil rakyat tetapi lazimnya akan menolak jemputan sedemikian bagi mengelakkan politik dan agama bercampur.
“Apa akan berlaku jika saya bercakap mengenai politik di kuil atau gereja? Orang Hindu tidak akan menyukai. Orang Kristian juga tidak akan menyukai,” kata beliau. 

















Bila sifat perkauman (atau nasionalisme) dah melampau sangat, macam inilah jadinya. Hingga agama pun kalau boleh di'hakmilik eksklusifkan'. Sesetengah orang cuba menjustifikasikan nasionalisme dengan pendapat perlunya nasionalisme sekiranya ia membantu tegaknya Islam di Malaysia dengan kukuh.

Namun, dalam kes ini, di mana pertimbangan demi kebaikan dakwah Islamiyyah? Dakwah sudah diletakkan di mana?

5:8
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi oranag-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.




(Al-Maidah 5:8)
Non-muslim dilarang memasuki masjid




Pandangan-pandangan sempit dan tidak bersandarkan dalil Quran & Sunnah macam inilah yang menyebabkan Islam lambat berkembang di Malaysia. Kemudian, bila agama lain berkembang banyak pihak dimaki hamun pula.

Apakah asas pertimbangan anda? Untuk Islam, untuk bangsa sendiri atau lain-lain?. 
Saya Bukan Mempertahankan YB Teo Nie Ching
Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin
Ada media yang melaporkan saya mempertahankan tindakan YB Teo Nie Ching, saya kira laporan itu kurang tepat. Saya tidak campur dalam urusan politik beliau dan tidak mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku. Cuma, saya menegaskan beberapa perkara berikut;
1. Bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid jika dengan tujuan yang betul seperti untuk mengenali Islam, memahami atau mempelajarinya. Juga untuk urusan dengan orang muslim, dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan masjid. Ini kerana pada zaman Nabi s.a.w bukan muslim masuk ke masjid untuk bertemu Rasulullah s.a.w.
2. Isu-isu agama Islam hendaklah dinilai dengan timbangan agama yang berteraskan dalil dan hujah. Menggunakan neraca politik kepartian untuk menilai isu agama boleh merosakkan kesucian agama ini. Islam dibina atas hujah dan dalil, sementara politik kepartian sering dibina atas persepsi dan prejudis.
3. Bukan muslim, bahkan muslim juga tidak boleh menggunakan masjid untuk tujuan politik puak dan peribadi.
4. Pandangan dan pendapat mengenai Islam hendaklah berteraskan hakikat Islam yang sebenar. Pendekatan sesetengah golongan politik kebelakangan ini menggunakan isu agama untuk membangkit permusuhan kaum sehingga boleh menimbulkan salahfaham terhadap Islam, sebenarnya tindakan itulah yang mencemarkan Islam. 

0 Responses