Kenapa blog ini wujud?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِي


Alhamdulillah.


Setelah lama hati ingin menterjemahkan kefahamannya di atas medan keyboard, ada sahaja yang menghalang niat tersebut.Mungkin kerana risau terikut-ikut dengan budaya 'blogging' remaja sekarang. Adakah aku ikhlas ber'blog' untuk Allah atau sesuatu di sebaliknya?


Kadang kala risau dengan kemampuan diri untuk secara konsisten menghasilkan sesuatu setiap minggu. Almaklumla diri ini bukannya penulis novel mahupun pernah mengikuti bengkel penulisan. Sudah bertahun aku tinggalkan medan penulisan kreatif, kali terakhir ketika berjuang di SPM hampir 7 tahun lepas.


Kadang kala juga fikiran sering dhimpitkan dengan tanggungjawab sebagai seorang pelajar medik dan daie sehingga rasanya tidak memungkinkan diri untuk menjamah keyboard dan mula menaip.


Allah lebih mengetahui. Mungkin ini semua talbis Iblis, bisikannya untuk memberatkan langkahku dari mula menulis.


Ya Allah semoga langkahku, pilihanku, masa depanku yang Kau aturkan sentiasa dalam keredhaanMu.


Setelah melalui kehidupan seorang pelajar medik selama 4 tahun, setahun tidak kurang dari 3 buah buku teks yang harus aku hadam. Bahkan jumlah ini akan meningkat dari tahun ke tahun. Tahun ini sahaja aku perlu menghadam hampir 5 buah buku teks. Usah dikira berat dan jumlah muka surat setiap buku, pasti akan putus asa kalau tidak dibiasakan dari kecil lagi membaca buku.




Namun pernahkan anda terpikir,
dengan pengetahuan dari segala buku medik yang anda baca jika anda seorang pelajar medik, mampukah ianya membahagiakan manusia?


Kenapa aku kata begitu?


Pernah cuba masuk ke wad psychiatry?
Aku pernah berada di dalam kelas psychiatry selama 6 minggu. Di situ macam-macam jenis manusia dan penyakitnya yang dapat aku lihat. Di sana juga aku berjumpa seorang pesakit yang cuma membunuh diri. Berulang kali. Bukannya tidak diberi ubat-ubatan, tetap entah mengapa setiap kali setelah sihat, dia akan mengulanginya lagi.


Kalau kita terokai wad-wad lain, buka mata hati kita dan cuba memerhati, betapa banyak yang cedera kemalangan kerana merempit. Betapa banyak yang disahkan menghidap kanser paru-paru, betapa banyak yang disahkan mempunyai kanser usus dan tak lupa juga betapa banyak yang disahkan mempunyai kerosakan hati yang terminal.
Hospital pun tak muat?


Aneh bukan?


Saban tahun penemuan-penemuan terbaru dunia perubatan sentiasa dihebahkan. Boleh buka British Medical Journal kalau tak percaya. Banyak cancer yang suatu masa dulu tiada jalan kecuali mati telah ditemui rawatannya.


Saban hari bilangan doktor semakin bertambah. Kalau dulu di UKM satu batch perubatan mungkin hanya dalam 50 lebih orang pelajar tetap sekarang batch terbaru hampir 200 orang pelajar. Ini tak termasuk lagi kolej-kolej swasta yang tumbuh bak cendawan selepas hujan di seluruh negara. Ditambah pula dengan pelajar medik dari Indonesia, India, Eropah dan juga Australia.


Kempen Tak Nak Merokok, Makan Makanan Berkhasiat, penjualan kondom di 7 Eleven dan farmasi, rancangan-rancangan kesihatan di televisyen semuanya semakin rancak berjalan.Tetapi sungguh menghairankan, makin ramai pula yang terlantar sakit. Saban tahun jumlah penghidap kanser bertambah, kanser-kanser yang sebelum ni jarang ditemui semakin ramai pula penghidapnya. Bakteria Super pula mula ditemui, mampu melawan segala macam antibiotik. Penyakit-penyakit baru ditemui, yang sebelum ini tidak pernah ada langsung. Tahukah anda kanser paru-paru sebelum ini teramat jarang sekali dihidapi oleh manusia?


Kenapa semua ini berlaku?


Kenapa dengan kemajuan pesat ketamadunan manusia, pembangunan perubatan yang tak pernah surut, kemewahan yang dinikmati oleh manusia....semua ini seolah-olah menjadikan taraf hidup manusia semakin teruk?


Kenapa semakin ramai yang membunuh diri?
Kenapa semakin banyak bayi yang dibuang?


Semua ini membuatkan aku tertanya-tanya, berbaloikah aku mengambil jurusan perubatan? Apa gunanya seorang doktor merawat seorang pesakit sehingga sembuh tetapi dia kembali ke hospital kerana enggan mengubah cara hidupnya. Berulang kali. Pada masa yang sama, seorang pesakit diambang kematian, tak mampu dibantu oleh mana-mana doktor masih mampu tersenyum dan redha dengan baki yang hayat dia miliki.


Aneh bukan?


Ade sesuatu yang lain selain kemajuan materialisme dan intelektual yang menentukan bahagia seorang manusia. Sesuatu yang sebaik mana, sebanyak mana harta dan ilmu pun belum tentu menjamin kebahagiaan sepertinya.


Sesuatu yang dipanggil HATI!








Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar 






Rasulullah SAW bersabda:
















Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang  




jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang 





kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka 
 s





esungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh 








dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang  










mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.












Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara  




yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang 





apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. K




etahuilah ia adalah hati.



Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim






Dan blog ini wujud untuk merawat hati-hati manusia....

1 Response
  1. nabilah Says:

    Bismillah..

    Salam wbt,

    Tahniah kerana telah berjaya mengambil langkah yang ana sendiri sebagai seorang blogger sendiri tahu merupakan satu langkah yang sebenarnya sangat sukar untuk diambil. Moga Allah terus berikan taufiq dan hidayahnya dan semangat istiqamah dalam usaha ini.

    Jzkk. Sekilas pandang, ana sangat suka dengan layout and graphics blog nih. Alhamdulillah ana rasa tersusun, not too much and menarik. Isi kandungannya pun alhamdulillah bagus!

    Teruskan usaha!

    W'salam wbt.